
|
Eyannn
Credits
| jangan putus asa :)
Andai tiba-tiba putus asa itu hadir dalam diri , berhenti sejenak.
Toleh ke belakang .
Lihatlah betapa jauh perjalanan yang kau telah susuri selama ini .
Jalan berliku itu telah mampu kau susuri .
Bukankah itu kebanggaan buat dirimu?
Teruskan berjalan ,
berhenti sejenak ,
menghela nafas dan berjalanlah semula .
Kekuatan sebenar adalah
dari semangat yang tidak pernah mahu mengalah .
Jangan bimbang ,
Destinasi impian , ada di hadapan :)
selalu ada harapan bagi mereka yang berdoa ,
dan selalu ada jalan bagi mereka yang berusaha :)
|