
|
Eyannn
Credits
| 'angan-angan'
dulu masa sekolah rendah ada angan2 nak jadi pengawas
jalan satu sekolah, sambil pegang buku dan pen
cari salah orang. tulis nama diaorang. hahaha awesome life!
tapi angan2 tak jadi kenyataan bila mana aku tolak jawatan tu
sebab hati lembik sangat. takot nak marah orang . hihu.
naik sekolah menengah aku masih pada angan2 yang sama
tapi bila pandang mereka2 yang selalu banyak kerja kena buat
selalu ada perjumpaan pengawas itu ini lah
segala angan2 jadi kenangan . aku tak suka serabutkan hidup aku
dengan benda2 macam tu. aku mana boleh di kongkong!!!
dan aku teruskan hidup aku sebagai 'budak biasa'.
lepas habis spm, angan2 bertukar.
rasa tertarik nak jadi nurse. aku mohon bidang tu.
tapi tak dapat. betapa kecewa rasa. hati terkoyak sikit.
aku teruskan lagi langkah aku
sampai satu titik aku berhenti. masa tu angan2 bertukar lagi.
nak kerja dekat bank pula. pegang duit banyak2. kerja dalam bilik aircond.
selesa. tapi keadaan tak mengizinkan bila mana aku stress!
aku tak boleh pikul bidang tu.
aku go on lagi. cari gali apa yang serasi dengan diri
dan sekarang aku berdiri pada tahap yang mungkin ini yang sesuai untuk diri.
bermacam benda aku cuba. banyak perkara aku tak lupa
alhamdulillah. semua rezeki dari yang Atas sana
dan sekarang aku masih mengikut langkah hidup aku
entah mungkin akan berganjak lagi atau mungkin terhenti di sini.
harap dia mahu bergerak lagi kerana aku belum cukup puas
berada pada satu destinasi ini. moga berjaya wahai diri.
teruskan berlayar lagi..
|